Wednesday 19 August 2015

Proses Integrasi

1) Segregasi
 
     Pada tahap ini kaum-kaum yang berbeza latar belakang mempunyai hubungan yang minimum. Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, dan kemudahankemudahan awam. Mereka ini tinggal dalam satu kawasan tetapi kurang berhubung kecuali hanya berkaitan dengan hubungan ekonomi. Ini dapat digambarkan ketika zaman penjajahan Inggeris. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak didasari oleh undang-undang.

2) Akomodasi

     Proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu dengan yang lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masin-masing. Walau bagaimana pun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu dengan yang lain. Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Negara Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Jerman, Perancis, dan Itali, saling membuat penyesuaian antara satu sama lain.

3) Akulturasi

     Proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya dan terjadi apabila manusia dalam kumpulan minority menerima norma, nilai serta pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

4) Asimilasi

     Merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominant melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaiatu berdasarkan kepada perbezaan fizikal (seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciriciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

5) Amalgamasi

       Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


     Kelima-lima proses yang telah dinyatakan menggambarkan cara bagaimana kumpulan minoriti menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Ia juga menggambarkan tahaptahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Dengan adanya akomodasi di dalam masyarakat, sudah dapat mencerminkan bahawa masyarakat adalah dalam keadaan bersatu padu. Namun, keadaan integrasi yang sebenar hanya dapat dicapai bermula dengan berlakunya proses akulturasi, asimilasi dan akhirnya mengalami amalgamasi. Persoalannya sekarang ialah, peringkat proses yang manakah masyarakat negara kita sekarang ini berada? Adakah ,masih di peringkat akomodasi, atau di peringkat yang lebih tinggi? Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing ke arah integrasi nasional.

1 comment:

  1. Casino de San Diego | DrMCD
    › Casino-De-San-D › Casino-De-San-D Casino de San Diego. Enjoy all the 전라북도 출장안마 fun 논산 출장마사지 & excitement of your favorite slots & table 평택 출장샵 games from our 16-table 안산 출장마사지 gaming floor at the San 삼척 출장샵 Diego

    ReplyDelete