Saturday 22 August 2015

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, dengan wujudnya integrasi nasional ia menunjukkan persefahaman antara kaum yang timbul sendiri dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum tanpa paksaan. Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat. Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha ke arah integrasi nasional. Peranan semua pihak amat diperlukan dalam mencapai integrasi nasional. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan. Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal ini bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment