Saturday 22 August 2015

Perpaduan Pendidikan

     Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara.

     Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa.

No comments:

Post a Comment