Saturday 22 August 2015

KESAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL TERHADAP MASYARAKAT

  1.      Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapatdinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangatpenting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakatyang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasinasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalamkepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warnakulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yangbaik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lainwalaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolahmenengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajardalam satu sekolah yang sama.

  2.       Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkanperpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmukdi Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaumsejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkankerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan.

  3.       Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yangberbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalamkalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya, dengan adanya interaksipelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya untukmereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masayang sama pula, ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa sertapemikiran rakannya daripada kaum lain.

  4.       Selain itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan melaluikokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajiantinggi telah menunjukkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulumseperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkansemangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum.

  5.       Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan danmembangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dansaling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yangterlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akanmelahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalamperhubungan dan bersosial dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment